Hmmm... lazatnya dpedas

Hmmm...  lazatnya dpedas
Showing posts with label cara masak. Show all posts
Showing posts with label cara masak. Show all posts

Tuesday, March 1, 2016

Cara menyediakan Nasi Mandy Ayam Saudi Al-Bayt

Setakat entry ini ditulis, pek yang paling laris ialah Nasi Mandy Ayam Saudi (kotak warna biru). 

Nasi Mandy Ayam Saudi --  hmmm  lazatnya
 Set ini mengandungi:
  • Beras basmathi Super Long - kira2 450g
  • Rempah serbuk mandy
  • Rempah tumis mandy 
Resepi nasi mandy dan ayam panggang: 

Bahan2 nasi:
  • Beras basmathi      - ada dalam pek
  • 1 sudu besar rempah serbuk mandy - ada dalam pek
  • Rempah tumis mandy  - ada dalam pek

  • 2 ulas bawang besar 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 2 batang cili hijau
  • 2 sudu besar tomato puree
  • minyak untuk menumis 
  • garam secukupnya 

Cara memasak nasi mandy ayam saudi:
  • Rendam beras selama 20 minit atau lebih, kemudian toskan.
  • Tumis rempah hidup (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan lumi), bawang putih, bawang besar, rempah serbuk mandy dan tomato puree.
  • Masukkan 600ml air ke dalam tumisan. Biarkan ia mendidih.
  • Masukkan beras.
  • Taburkan garam dan cili hijau (jangan dihiris)
  • Tanak nasi sehingga 80% masak, kemudian masukkan minyak ayam panggang yang disimpan tadi. Gaul perlahan-lahan supaya nasi tidak patah. Kecilkan api dan masak hingga nasi 100% masak.     

Bahan2 untuk ayam panggang:
  • 1 ekor ayam
  • 1  1/2 sudu besar rempah serbuk 
  • 5 ulas bawang putih - kisar
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak
  • 2 sudu besar tomato puree. 


Cara memasak ayam panggang :
  • Perap ayam dengan semua bahan. Lagi lama lagi bahan2 mesra dan meresap ke dalam ayam.
  • Panggang di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 1 jam. Balikkan ayam selepas  1 jam.
  • Simpan lebihan minyak yang keluar ketika proses memanggang utk dicampurkan ke dalam nasi  

Cara buat sos harrah:
  • 2  biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil perahan lemon
  • daun ketumbar
  • cili padi
  • garam
-kisar semua bahan tanpa air. 
sos harrah ini sangat enak, anak2 pun suka sbb ia tidak terlalu pedas kerana ada rasa masam dari lemon dan tomato.


Cara buat Salad Arab:
  • 2 biji tomato
  • 1 batang timun - potong dadu
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • daun ketumbar - hiris
  • garam
  • serbuk lada hitam 
-campurkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sebati.  

 
 

Sunday, February 21, 2016

Cara Penyediaan


D'Pedas Kambing Perap
Emmm...  sedapnya kambing perap D'pedas ni...  selamat mencuba


Kambing Perap Beku D'Pedas dari daging kambing muda Australia. Diperap menggunakan rempah berkualiti tinggi. Sedap dimakan begitu shaja. "Nyosa tak Raso"

Dengan kualiti rasa selazat ini, menjadikan harganya murah dari pasaran, sangat berbaloi dengan nilai wang anda. Ianya sangat sesuai dijamu kepada tetamu yang bertandang ke rumah, bbq, berkelah, berkhemah, majlis keramaian, pesta dan sebagai buah tangan kepada rakan anda.

Mudah dimasak dengan menggunakan pemanggang ajaib, kuali tidak melekat, di atas arang, kuali burger dan juga oven. Tanpa perlu gunakan minyak sekaligus dapat mengurangkan pengambilan kolestrol.

Didatangkan dalam 3 saiz pek:
Saiz S : 250g - 1-2 orang makan (RM 11)
Saiz M : 500g - 2-4 orang makan (RM 20.50)
Saiz L : 1000g - 6- 8 orang makan (RM 38)

Setiap paket sudah di potong senipis 1~2cm, diperap dengan bahan perapan istimewa dan divakum paketnya.

Cara Penyediaan :


  1.  Biarkan daging lembut dahulu dengan pek yang telah dibuka atau belum. 
  2. Asingkan kuah dan masukkan kuantiti daging yang dikehendaki di atas kuali tidak melekat (non   stick pan) atau atas bara api
  3. Masak/panggang/ bara  selama 4-5 minit . Gunakan api kecik atas daging tidak menjadi keras dan masak dengan sempurna.
  4. Campurkan kuah lebihan secukup rasa, tak perlu banyak ,ikut kesesuaian rasa. Terbalikkan dan masak dalam 2 minit lagi, sedia untuk dihidang.
Selamat menjamu selera!!