Hmmm... lazatnya dpedas

Hmmm...  lazatnya dpedas

Tuesday, March 1, 2016

Cara menyediakan Nasi Mandy Ayam Saudi Al-Bayt

Setakat entry ini ditulis, pek yang paling laris ialah Nasi Mandy Ayam Saudi (kotak warna biru). 

Nasi Mandy Ayam Saudi --  hmmm  lazatnya
 Set ini mengandungi:
  • Beras basmathi Super Long - kira2 450g
  • Rempah serbuk mandy
  • Rempah tumis mandy 
Resepi nasi mandy dan ayam panggang: 

Bahan2 nasi:
  • Beras basmathi      - ada dalam pek
  • 1 sudu besar rempah serbuk mandy - ada dalam pek
  • Rempah tumis mandy  - ada dalam pek

  • 2 ulas bawang besar 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 2 batang cili hijau
  • 2 sudu besar tomato puree
  • minyak untuk menumis 
  • garam secukupnya 

Cara memasak nasi mandy ayam saudi:
  • Rendam beras selama 20 minit atau lebih, kemudian toskan.
  • Tumis rempah hidup (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan lumi), bawang putih, bawang besar, rempah serbuk mandy dan tomato puree.
  • Masukkan 600ml air ke dalam tumisan. Biarkan ia mendidih.
  • Masukkan beras.
  • Taburkan garam dan cili hijau (jangan dihiris)
  • Tanak nasi sehingga 80% masak, kemudian masukkan minyak ayam panggang yang disimpan tadi. Gaul perlahan-lahan supaya nasi tidak patah. Kecilkan api dan masak hingga nasi 100% masak.     

Bahan2 untuk ayam panggang:
  • 1 ekor ayam
  • 1  1/2 sudu besar rempah serbuk 
  • 5 ulas bawang putih - kisar
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak
  • 2 sudu besar tomato puree. 


Cara memasak ayam panggang :
  • Perap ayam dengan semua bahan. Lagi lama lagi bahan2 mesra dan meresap ke dalam ayam.
  • Panggang di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 1 jam. Balikkan ayam selepas  1 jam.
  • Simpan lebihan minyak yang keluar ketika proses memanggang utk dicampurkan ke dalam nasi  

Cara buat sos harrah:
  • 2  biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil perahan lemon
  • daun ketumbar
  • cili padi
  • garam
-kisar semua bahan tanpa air. 
sos harrah ini sangat enak, anak2 pun suka sbb ia tidak terlalu pedas kerana ada rasa masam dari lemon dan tomato.


Cara buat Salad Arab:
  • 2 biji tomato
  • 1 batang timun - potong dadu
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • daun ketumbar - hiris
  • garam
  • serbuk lada hitam 
-campurkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sebati.  

 
 

Thursday, February 25, 2016

Apa beza Lamb dgn Mutton

Kita sering kali mendengar istilah 'Lamb' dan 'mutton'. Tapi tahukah kita perbezaan antara keduanya?

Kedua-dua jenis daging ini berasal dari haiwan peliharaan yang sama iaitu biri-biri (sheep). Lamb adalah daging anak biri-biri yang berumur kurang dari setahun. Biasanya anak biri-biri disembelih pada usia 4-12 bulan. Dagingnya lebih lembut dan 'juicy'. Ia sesuai dibuat bbq, grill atau panggang.

Mutton pula ialah daging biri-biri yang berumur 1 tahun ke atas, dikenali juga sebagai biri-biri dewasa. Strukturnya lebih keras berbanding lamb. Masakan yang lebih berat seperti stew, kari dan sup amat sesuai kerana ia perlu dimasak lebih lama berbanding dibuat bbq dan panggang.

Daging kambing panggang D'pedas adalah dari biri-biri yang diimport dari Australia yang berumur kurang dari setahun (Lamb).

 

Monday, February 22, 2016

Pelbagai Pilihan Saiz Pek D'pedas

Pek Kambing Perap Panggang D'pedas didatangkan dalam 3 saiz pek mengikut berat:
  • Saiz S : 250g untuk 1-2 orang makan.
  • Saiz M : 500g untuk 2-4 orang makan.
  • Saiz L : 1000g untuk 5-8 orang makan.

Setiap pek sudah dipotong senipis 1-2cm, diperap dengan perapan istimewa dan di'vacumn' peknya. 

Ramai yang bertanya ada berapa keping dalam setiap pek. Sebenarnya ini bergantung kepada saiz setiap keping. Jika kepingannya besar, maka sikitlah bilangan didalamnya. Sebaliknya jika kepingannya kecil2, maka banyaklah keping didalam pek tersebut. Tetapi secara puratanya:


  • Saiz S : 1-2 keping.
  • Saiz M : 3-5 keping.
  • Saiz L : 1000g 5-8 keping.
Inilah gambaran perbezaan saiz pek produk kambing perap panggang D'pedas. 


Atas : Daging Kambing Perap 1000g dan Ayam Perap 750g. Bawah kiri dan kanan: Daging Kambing Perap 500g. 2 pek ditengah Daging Kambing Perap 250g






note: saiz tgn anak umur 6 thn. :). Semasa sessi fotografi ini, satu lagi watak utama iaitu Nasi Arab Mandy Kambing dah kehabisan stok (kotak warna hijau). Kerana itulah kelibat beliau tidak kelihatan dalam gambar. Ahakss...

 

Sunday, February 21, 2016

Apa kata mereka yang telah mencubanya..

Alhamdulillah, banyak maklumbalas yang positif dari pelanggan kami yang berpuas hati dengan keenakan rasa daging kambing perap panggang dpedas. Antaranya :

Ini pula adalah antara blogger yang telah mencuba kambing perap panggang kami. Beliau adalah seorang blogger makanan yang terkenal. Banyak resepi masakannya sering dijadikan rujukan. Sila lawati
Blog Azie Kitchen

http://aziejaya.blogspot.my/2015/01/aduhaai-sedap-nyer-daging-kambing.html?m=1



Cara Penyediaan


D'Pedas Kambing Perap
Emmm...  sedapnya kambing perap D'pedas ni...  selamat mencuba


Kambing Perap Beku D'Pedas dari daging kambing muda Australia. Diperap menggunakan rempah berkualiti tinggi. Sedap dimakan begitu shaja. "Nyosa tak Raso"

Dengan kualiti rasa selazat ini, menjadikan harganya murah dari pasaran, sangat berbaloi dengan nilai wang anda. Ianya sangat sesuai dijamu kepada tetamu yang bertandang ke rumah, bbq, berkelah, berkhemah, majlis keramaian, pesta dan sebagai buah tangan kepada rakan anda.

Mudah dimasak dengan menggunakan pemanggang ajaib, kuali tidak melekat, di atas arang, kuali burger dan juga oven. Tanpa perlu gunakan minyak sekaligus dapat mengurangkan pengambilan kolestrol.

Didatangkan dalam 3 saiz pek:
Saiz S : 250g - 1-2 orang makan (RM 11)
Saiz M : 500g - 2-4 orang makan (RM 20.50)
Saiz L : 1000g - 6- 8 orang makan (RM 38)

Setiap paket sudah di potong senipis 1~2cm, diperap dengan bahan perapan istimewa dan divakum paketnya.

Cara Penyediaan :


  1.  Biarkan daging lembut dahulu dengan pek yang telah dibuka atau belum. 
  2. Asingkan kuah dan masukkan kuantiti daging yang dikehendaki di atas kuali tidak melekat (non   stick pan) atau atas bara api
  3. Masak/panggang/ bara  selama 4-5 minit . Gunakan api kecik atas daging tidak menjadi keras dan masak dengan sempurna.
  4. Campurkan kuah lebihan secukup rasa, tak perlu banyak ,ikut kesesuaian rasa. Terbalikkan dan masak dalam 2 minit lagi, sedia untuk dihidang.
Selamat menjamu selera!!

Senarai Harga Produk Al-Bayt

Senarai produk Al-Bayt:
1. Nasi Mandy Ayam Saudi
2. Nasi Mandy Kambing Yaman
3. Nasi Kabsah Ayam
4. Nasi Maqlubah Ayam
Flyers nasi arab al-bayt

Setiap kotak mengandungi 
1. Beras Basmathi  panjang 450g. Boleh dimakan 4-5 orang dewasa.
2. Rempah serbuk
3. Rempah tumis

Semua pilihan nasi arab ini dijual dengan harga yang sama iaitu
RM15/pek. Hubungi kami untuk mendapatkan pek nasi arab istimewa ini.

http://rempaharab.blogspot.my/2013/02/produk-produk-al-bayt-terkini.html
  

Tahun 2016 ini amat mencabar kan?. Jadilah pengguna bijak dengan menyediakan sendiri nasi arab yang enak dari dapur anda tanpa perlu bersusah payah keluar ke restoran-restoran nasi arab. Di samping menjimatkan wang, masa dan tenaga juga akan dapt dijimatkan.Amat sesuai sekali jika digabungkan dengan daging kambing atau ayam perap D'pedas kami. Sekali cuba pasti tak lupa order lagi.