Hmmm... lazatnya dpedas

Hmmm...  lazatnya dpedas
Showing posts with label kambing perap panggang. Show all posts
Showing posts with label kambing perap panggang. Show all posts

Thursday, February 25, 2016

Apa beza Lamb dgn Mutton

Kita sering kali mendengar istilah 'Lamb' dan 'mutton'. Tapi tahukah kita perbezaan antara keduanya?

Kedua-dua jenis daging ini berasal dari haiwan peliharaan yang sama iaitu biri-biri (sheep). Lamb adalah daging anak biri-biri yang berumur kurang dari setahun. Biasanya anak biri-biri disembelih pada usia 4-12 bulan. Dagingnya lebih lembut dan 'juicy'. Ia sesuai dibuat bbq, grill atau panggang.

Mutton pula ialah daging biri-biri yang berumur 1 tahun ke atas, dikenali juga sebagai biri-biri dewasa. Strukturnya lebih keras berbanding lamb. Masakan yang lebih berat seperti stew, kari dan sup amat sesuai kerana ia perlu dimasak lebih lama berbanding dibuat bbq dan panggang.

Daging kambing panggang D'pedas adalah dari biri-biri yang diimport dari Australia yang berumur kurang dari setahun (Lamb).

 

Monday, February 22, 2016

Pelbagai Pilihan Saiz Pek D'pedas

Pek Kambing Perap Panggang D'pedas didatangkan dalam 3 saiz pek mengikut berat:
  • Saiz S : 250g untuk 1-2 orang makan.
  • Saiz M : 500g untuk 2-4 orang makan.
  • Saiz L : 1000g untuk 5-8 orang makan.

Setiap pek sudah dipotong senipis 1-2cm, diperap dengan perapan istimewa dan di'vacumn' peknya. 

Ramai yang bertanya ada berapa keping dalam setiap pek. Sebenarnya ini bergantung kepada saiz setiap keping. Jika kepingannya besar, maka sikitlah bilangan didalamnya. Sebaliknya jika kepingannya kecil2, maka banyaklah keping didalam pek tersebut. Tetapi secara puratanya:


  • Saiz S : 1-2 keping.
  • Saiz M : 3-5 keping.
  • Saiz L : 1000g 5-8 keping.
Inilah gambaran perbezaan saiz pek produk kambing perap panggang D'pedas. 


Atas : Daging Kambing Perap 1000g dan Ayam Perap 750g. Bawah kiri dan kanan: Daging Kambing Perap 500g. 2 pek ditengah Daging Kambing Perap 250g






note: saiz tgn anak umur 6 thn. :). Semasa sessi fotografi ini, satu lagi watak utama iaitu Nasi Arab Mandy Kambing dah kehabisan stok (kotak warna hijau). Kerana itulah kelibat beliau tidak kelihatan dalam gambar. Ahakss...

 

Sunday, February 21, 2016

Apa kata mereka yang telah mencubanya..

Alhamdulillah, banyak maklumbalas yang positif dari pelanggan kami yang berpuas hati dengan keenakan rasa daging kambing perap panggang dpedas. Antaranya :

Ini pula adalah antara blogger yang telah mencuba kambing perap panggang kami. Beliau adalah seorang blogger makanan yang terkenal. Banyak resepi masakannya sering dijadikan rujukan. Sila lawati
Blog Azie Kitchen

http://aziejaya.blogspot.my/2015/01/aduhaai-sedap-nyer-daging-kambing.html?m=1



Cara Penyediaan


D'Pedas Kambing Perap
Emmm...  sedapnya kambing perap D'pedas ni...  selamat mencuba


Kambing Perap Beku D'Pedas dari daging kambing muda Australia. Diperap menggunakan rempah berkualiti tinggi. Sedap dimakan begitu shaja. "Nyosa tak Raso"

Dengan kualiti rasa selazat ini, menjadikan harganya murah dari pasaran, sangat berbaloi dengan nilai wang anda. Ianya sangat sesuai dijamu kepada tetamu yang bertandang ke rumah, bbq, berkelah, berkhemah, majlis keramaian, pesta dan sebagai buah tangan kepada rakan anda.

Mudah dimasak dengan menggunakan pemanggang ajaib, kuali tidak melekat, di atas arang, kuali burger dan juga oven. Tanpa perlu gunakan minyak sekaligus dapat mengurangkan pengambilan kolestrol.

Didatangkan dalam 3 saiz pek:
Saiz S : 250g - 1-2 orang makan (RM 11)
Saiz M : 500g - 2-4 orang makan (RM 20.50)
Saiz L : 1000g - 6- 8 orang makan (RM 38)

Setiap paket sudah di potong senipis 1~2cm, diperap dengan bahan perapan istimewa dan divakum paketnya.

Cara Penyediaan :


  1.  Biarkan daging lembut dahulu dengan pek yang telah dibuka atau belum. 
  2. Asingkan kuah dan masukkan kuantiti daging yang dikehendaki di atas kuali tidak melekat (non   stick pan) atau atas bara api
  3. Masak/panggang/ bara  selama 4-5 minit . Gunakan api kecik atas daging tidak menjadi keras dan masak dengan sempurna.
  4. Campurkan kuah lebihan secukup rasa, tak perlu banyak ,ikut kesesuaian rasa. Terbalikkan dan masak dalam 2 minit lagi, sedia untuk dihidang.
Selamat menjamu selera!!

Senarai Harga Produk Dpedas

Berikut adalah memo senarai harga produk D'pedas yang sah sehingga hari ini. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dalam entry ini.


Tuesday, February 16, 2016

Salam Perkenalan

Salam Perkenalan Semua

Assalamualaikum w.b.t 
Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas  junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Syukur atas segala nikmat kurniaan Ilahi yang tidak berhitung banyaknya, seperti pepasir di tepian pantai.

Salam perkenalan. Kami adalah wakil jualan yang sah utk produk Dpedas dan Al-Bayt. Apa produk D'pedas ni ye
1. Daging Kambing Perap Panggang.
   Terdapat 3 pilihan pek mengikut berat iaitu 250g, 500g dan 1kg. 
2. Ayam Perap Panggang 
   4 kepingan paha ayam tanpa tulang dgn berat 750g.
3. Daging Lembu Perap Panggang (masih dalam R&D)
4. Sos Lada Hitam.
5. Kuah Asam 





Apa pula produk Al-Bayt?

Terdapat 4 pilihan:

1. Nasi Mandy Ayam Saudi
2. Nasi Mandy Kambing Yaman
3. Nasi Kabsah Ayam
4. Nasi Maqlubah Ayam

Apa beza Mandy Saudi, Mandy Yaman, Kabsah & Maqluba? : Perbezaan dari segi rempah, cara masak dan asal negara. Kabsah resepi dari Teluk Arab dan Maqlubah berasal dari Palestin, Jordan dan Lubnan.
.

NAK ORDER?
HUBUNGI KAMI : 014-649 1217

               019-390 6242



https://www.facebook.com/Rezeki-Al-Barokah-Kota-Damansara-368664269972022/
https://www.facebook.com/368664269972022/photos/ms.c.eJwNx8ERADAIArCNeoqIsv9iNb8wmuGE4OnS4x2usbBLPuaOaOddqQ~;mMgml.bps./418764991628616/?type=1&theater

  

Sunday, February 14, 2016

Assalamualaikum w.b.t

Bagaimana kami bermula

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Syukur yang tidak terhingga kerana dibukakan oleh Allah pintu rezeki melalui D'pedas. Semuanya berlaku dengan izinNya. Semoga kita semua mendapat rezeki yang barokah.


Semoga dikurniakan rezeki yang penuh barokah. Amiiinn. 
  
http://www.greenisland.com.my/
D'pedas adalah salah satu produk dari Green Island Sdn Bhd   
Produk D'pedas

Kami adalah wakil jualan rasmi bagi Syarikat Green Island Sdn. Bhd. (GISB) bagi produk D’Pedas. Kawasan jualan kami di Kota Damansara dan yang berdekatannya.





En Rumi - wakil jualan D'pedas Kota Damansara
Ianya bermula dengan mencuba pek pengenalan 250g yang di berikan sendiri oleh pengasasnya En Ahmad Daud Bin Ismail pada tahun 2014. Kami sekeluarga mencubanya dan kesedapan itulah membuat kami terpanggil untuk menjadi wakil jualan GISB. Kami ingin berkongsi kesedapan kepada semua orang di luar sana.


Pada awalnya stok kami amat terhad di dalam peti sejuk sendiri sahaja. Memandangkan permintaan yang tinggi maka kami harus re-stok setiap minggu agar bekalan tidak terputus dan pelanggan tidak merasa kecewa.


Alhamdulillah dengan izinNya dan sokongan ahli keluarga serta sambutan yang memberangsangkan daripada pelanggan yang budiman, kami telah dapat membeli sebuah freezer khas bagi menyimpan stok yang lebih banyak.

  

Kami beroperasi dari rumah di Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Walaupun berada di dalam daerah Petaling Jaya, lokasi kami hanya terletak kira-kira 4 KM dari KTM Komuter Sungai Buloh dan 7 KM dari the Curve, Mutiara Damansara. Juga berdekatan dengan Damansara Damai, Bandar Sri Damansara dan Pelangi Damansara.



https://www.google.com/maps/place/3%C2%B010'42.7%22N+101%C2%B034'43.2%22E/@3.1785242,101.5764785,17z/data=!3m1!4b1!4m2!3m1!1s0x0:0x0
Exit 107, Lebuhraya NKVE dari arah Damansara/ Subang/ Shah Alam.

Untuk senarai wakil jualan seluruh malaysia, anda boleh layari laman web rasmi Green Island Sdn Bhd