Hmmm... lazatnya dpedas

Hmmm...  lazatnya dpedas
Showing posts with label nasi arab al-bayt. Show all posts
Showing posts with label nasi arab al-bayt. Show all posts

Tuesday, March 1, 2016

Cara menyediakan Nasi Mandy Ayam Saudi Al-Bayt

Setakat entry ini ditulis, pek yang paling laris ialah Nasi Mandy Ayam Saudi (kotak warna biru). 

Nasi Mandy Ayam Saudi --  hmmm  lazatnya
 Set ini mengandungi:
  • Beras basmathi Super Long - kira2 450g
  • Rempah serbuk mandy
  • Rempah tumis mandy 
Resepi nasi mandy dan ayam panggang: 

Bahan2 nasi:
  • Beras basmathi      - ada dalam pek
  • 1 sudu besar rempah serbuk mandy - ada dalam pek
  • Rempah tumis mandy  - ada dalam pek

  • 2 ulas bawang besar 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 2 batang cili hijau
  • 2 sudu besar tomato puree
  • minyak untuk menumis 
  • garam secukupnya 

Cara memasak nasi mandy ayam saudi:
  • Rendam beras selama 20 minit atau lebih, kemudian toskan.
  • Tumis rempah hidup (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan lumi), bawang putih, bawang besar, rempah serbuk mandy dan tomato puree.
  • Masukkan 600ml air ke dalam tumisan. Biarkan ia mendidih.
  • Masukkan beras.
  • Taburkan garam dan cili hijau (jangan dihiris)
  • Tanak nasi sehingga 80% masak, kemudian masukkan minyak ayam panggang yang disimpan tadi. Gaul perlahan-lahan supaya nasi tidak patah. Kecilkan api dan masak hingga nasi 100% masak.     

Bahan2 untuk ayam panggang:
  • 1 ekor ayam
  • 1  1/2 sudu besar rempah serbuk 
  • 5 ulas bawang putih - kisar
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak
  • 2 sudu besar tomato puree. 


Cara memasak ayam panggang :
  • Perap ayam dengan semua bahan. Lagi lama lagi bahan2 mesra dan meresap ke dalam ayam.
  • Panggang di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 1 jam. Balikkan ayam selepas  1 jam.
  • Simpan lebihan minyak yang keluar ketika proses memanggang utk dicampurkan ke dalam nasi  

Cara buat sos harrah:
  • 2  biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil perahan lemon
  • daun ketumbar
  • cili padi
  • garam
-kisar semua bahan tanpa air. 
sos harrah ini sangat enak, anak2 pun suka sbb ia tidak terlalu pedas kerana ada rasa masam dari lemon dan tomato.


Cara buat Salad Arab:
  • 2 biji tomato
  • 1 batang timun - potong dadu
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • daun ketumbar - hiris
  • garam
  • serbuk lada hitam 
-campurkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sebati.  

 
 

Sunday, February 21, 2016

Senarai Harga Produk Al-Bayt

Senarai produk Al-Bayt:
1. Nasi Mandy Ayam Saudi
2. Nasi Mandy Kambing Yaman
3. Nasi Kabsah Ayam
4. Nasi Maqlubah Ayam
Flyers nasi arab al-bayt

Setiap kotak mengandungi 
1. Beras Basmathi  panjang 450g. Boleh dimakan 4-5 orang dewasa.
2. Rempah serbuk
3. Rempah tumis

Semua pilihan nasi arab ini dijual dengan harga yang sama iaitu
RM15/pek. Hubungi kami untuk mendapatkan pek nasi arab istimewa ini.

http://rempaharab.blogspot.my/2013/02/produk-produk-al-bayt-terkini.html
  

Tahun 2016 ini amat mencabar kan?. Jadilah pengguna bijak dengan menyediakan sendiri nasi arab yang enak dari dapur anda tanpa perlu bersusah payah keluar ke restoran-restoran nasi arab. Di samping menjimatkan wang, masa dan tenaga juga akan dapt dijimatkan.Amat sesuai sekali jika digabungkan dengan daging kambing atau ayam perap D'pedas kami. Sekali cuba pasti tak lupa order lagi.




Tuesday, February 16, 2016

Salam Perkenalan

Salam Perkenalan Semua

Assalamualaikum w.b.t 
Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas  junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Syukur atas segala nikmat kurniaan Ilahi yang tidak berhitung banyaknya, seperti pepasir di tepian pantai.

Salam perkenalan. Kami adalah wakil jualan yang sah utk produk Dpedas dan Al-Bayt. Apa produk D'pedas ni ye
1. Daging Kambing Perap Panggang.
   Terdapat 3 pilihan pek mengikut berat iaitu 250g, 500g dan 1kg. 
2. Ayam Perap Panggang 
   4 kepingan paha ayam tanpa tulang dgn berat 750g.
3. Daging Lembu Perap Panggang (masih dalam R&D)
4. Sos Lada Hitam.
5. Kuah Asam 





Apa pula produk Al-Bayt?

Terdapat 4 pilihan:

1. Nasi Mandy Ayam Saudi
2. Nasi Mandy Kambing Yaman
3. Nasi Kabsah Ayam
4. Nasi Maqlubah Ayam

Apa beza Mandy Saudi, Mandy Yaman, Kabsah & Maqluba? : Perbezaan dari segi rempah, cara masak dan asal negara. Kabsah resepi dari Teluk Arab dan Maqlubah berasal dari Palestin, Jordan dan Lubnan.
.

NAK ORDER?
HUBUNGI KAMI : 014-649 1217

               019-390 6242



https://www.facebook.com/Rezeki-Al-Barokah-Kota-Damansara-368664269972022/
https://www.facebook.com/368664269972022/photos/ms.c.eJwNx8ERADAIArCNeoqIsv9iNb8wmuGE4OnS4x2usbBLPuaOaOddqQ~;mMgml.bps./418764991628616/?type=1&theater