Hmmm... lazatnya dpedas

Hmmm...  lazatnya dpedas

Thursday, February 25, 2016

Apa beza Lamb dgn Mutton

Kita sering kali mendengar istilah 'Lamb' dan 'mutton'. Tapi tahukah kita perbezaan antara keduanya?

Kedua-dua jenis daging ini berasal dari haiwan peliharaan yang sama iaitu biri-biri (sheep). Lamb adalah daging anak biri-biri yang berumur kurang dari setahun. Biasanya anak biri-biri disembelih pada usia 4-12 bulan. Dagingnya lebih lembut dan 'juicy'. Ia sesuai dibuat bbq, grill atau panggang.

Mutton pula ialah daging biri-biri yang berumur 1 tahun ke atas, dikenali juga sebagai biri-biri dewasa. Strukturnya lebih keras berbanding lamb. Masakan yang lebih berat seperti stew, kari dan sup amat sesuai kerana ia perlu dimasak lebih lama berbanding dibuat bbq dan panggang.

Daging kambing panggang D'pedas adalah dari biri-biri yang diimport dari Australia yang berumur kurang dari setahun (Lamb).

 

No comments:

Post a Comment