Bagaimana kami bermula
BismillahirrahmanirrahimDengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Syukur yang tidak terhingga kerana dibukakan oleh Allah pintu rezeki melalui D'pedas. Semuanya berlaku dengan izinNya. Semoga kita semua mendapat rezeki yang barokah.
Semoga dikurniakan rezeki yang penuh barokah. Amiiinn. |
D'pedas adalah salah satu produk dari Green Island Sdn Bhd |
Produk D'pedas |
Kami adalah wakil jualan rasmi bagi Syarikat Green Island Sdn. Bhd. (GISB) bagi produk D’Pedas. Kawasan jualan kami di Kota Damansara dan yang berdekatannya.
En Rumi - wakil jualan D'pedas Kota Damansara |
Ianya bermula dengan mencuba pek pengenalan 250g
yang di berikan sendiri oleh pengasasnya En Ahmad Daud Bin Ismail pada tahun 2014.
Kami sekeluarga mencubanya dan kesedapan itulah membuat kami terpanggil
untuk menjadi wakil jualan GISB. Kami ingin
berkongsi kesedapan kepada semua orang di luar sana.
Pada
awalnya stok kami amat terhad di dalam peti sejuk sendiri sahaja. Memandangkan
permintaan yang tinggi maka kami harus re-stok setiap minggu agar bekalan tidak
terputus dan pelanggan tidak merasa kecewa.
Alhamdulillah
dengan izinNya dan sokongan ahli keluarga serta sambutan yang
memberangsangkan daripada pelanggan yang budiman, kami telah dapat membeli sebuah
freezer khas bagi menyimpan stok yang lebih banyak.
Kami beroperasi dari rumah di Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Walaupun berada di dalam daerah Petaling Jaya, lokasi kami hanya terletak kira-kira 4 KM dari KTM Komuter Sungai Buloh dan 7 KM dari the Curve, Mutiara Damansara. Juga berdekatan dengan Damansara Damai, Bandar Sri Damansara dan Pelangi Damansara.
No comments:
Post a Comment